Refleksi Guru dan Cabaran Semasa EDU 3093
Alhamdulillah
.Pertamanya saya mengucapkan syukur kepadaNya diatas limpahan kurniaNya kerana
telah dapat menyiapkan Kerja Kursus Pendek
( PPK ) Guru Dan Cabaran Semasa (EDU 3093 ) dengan jayanya.Saya juga
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terimakasih kepada pensyarah
yang amat memahami dan bertolak ansur iaitu Encik Fuzi Bin Muhamed Zin dapat dihasilkan pada masa dan
waktu yang telah ditetapkan . Tugasan KKP ini merupakan tugasan individu bagi
semester kelapan di IPG IPRM PPG 2015.
Untuk semester 8 ini, saya diperkenalkan dengan pengajian baru iaitu Guru danCabaran Semasa serta situasi dan juga teori yang berkaitan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang guru. Bagi saya, mempelajari pengajian yang baru ini merupakan satu ilmu baru yang amat berguna kepada saya. Cabaran-cabaran terkini yang perlu saya ketahui bagi memastikan saya bersiap sedia berhadapan dan menghadapi cabaran secara positif dan proaktif pada masa datang.Pada amatan saya, melalui pengajian Guru dan Cabaran Semasa ini mendorong saya memahami berhubung peraturan penjawat awam yang merangkumi tatatertib dan kelakuan sebagai seorang guru. Pelbagai topik yang telah saya pelajari sepanjang semester ini. Antara isu dalam topik pertama seperti isu integrasi nasional,pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta sosial. Bagi pendapat saya, guru akan dianggap sebagai yan gmemimpin, pembentuk sahsiah dan juga agen perubahan merupakan pemangkin untuk mencapai hasrat membina negara bangsa yang berjaya.Melalui pengajian ini juga, saya dapat menyedari bahawa guru mempunyai peranan dalam pendemokrasian pendidikan kepada anak-anak belajar tanpa mengira sempadan daerah dan kedudukan. Mempelajari kesan perkembangan teknologi maklumat juga turut menyedarkan saya bahawa pelbagai isu gelaja sosial yang merebak di kalangan generasi muda sekarang adalah berpunca daripada ledakan teknologi maklumat itu sendiri. Oleh itu, adalah merupakan tanggungjawab untuk memastikan anak muda tidak hanyut dengan kemudahan teknologi maklumat yang sedia ada ini. Memupuk mereka supaya tidak salah guna kemudahan teknologi maklumat ini untuk perkara yang tidak bermanfaat kepada mereka
Sepanjang mengikuti pelajaran bertajuk Guru Dan Cabaran Semasa ini banyak cabaran dan dugaan yang
telah saya tempuhi antaranya ialah soalan tugasan yang diberikan amat mencabar
pemikiran dan kemampuan saya. Masalah ini dapat diatasi dengan bertanya
kepada pensyarah bimbingan
berkenaan iaitu Encik Fuzi Bin Muhamed Zin . Terimakasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada beliau
kerana bimbingan dan penerangan yang jelas serta tunjuk ajar telah diberikan
Terimakasih juga diucapkan kerana telah
memberitahu maklumat yang tepat bagi tugasan.
Ada beberapa cara yang telah saya gunakan
dalam memahami kehendak soalan antaranya
ialah saya mencari maklumat melalui internet dimana banyak bahan yang boleh
digunakan sebagai rujukan , selain daripada itu saya juga mencari bahan melalui
pembacaan buku yang dipinjam dari perpustakaan daerah dan sekolah antara tajuknya
ialah ( Guru dan Cabaran Semasa) . Saya juga berbincang dengan rakan yang
berdekatan dengan rumah dimasa lapang
,mencari jurnal yang berkaitan , mencari dalam majalah terutama sekali
majalah berunsur pendidikan .
No comments:
Post a Comment