Tuesday, 8 September 2015

emosi

BAHAGIAN A (INDIVIDU)
Tekanan emosi dalam kalangan murid

Definisi Gangguan Emosi
Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satuatau lebih karasteristik oleh murid-murid. kamus dewan bahasa dan pustaka telahmemberi maksud kepada gangguan emosi sebagai gangguan emosi adalah akibatkonflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama adamelalui pertuturan atau perlakuan tertentu. seterusnya gangguan emosi juga dapatditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosiyang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yg berlaku ialah antisosial.Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual,kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. secara ringkasnya gangguanemosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yangmenyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil. gangguan emosi ini akan menimbulkanpelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. gangguan emosi adalah satuperkara yang amat serius pada usia persekolahan. mereka akan mengalami gangguanemosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid

Jenis-Jenis Gangguan Emosi
Gangguan emosi ini dapat dikategorikan dalam tiga jenis iaitu gangguan emosi ringan, gangguan emosi sederhana dan gangguan emosi berat. Gangguan ini berlaku sama ada secara ringan di mana gangguan tersebut boleh ditangani atau gangguan yang terlalu kuat misalnya terlalu sedih sehingga mencederakan diri sendiri. Murid yang mengalami gangguan emosi, mampu memberikan kesan negatif kepada pencapaian akademiknya. Hal ini mampu menjejaskan hubungan murid dengan orang lain dan keupayaannya belajar.

Gangguan Emosi Ringan
Kebiasaannya gangguan seperti ini tidak terlalu kelihatan ciri-cirinya dari luar. Gangguan emosi yang ringan selalunya boleh diatasi sendiri oleh murid tersebut. Tetapi, jika diamati secara mendalam, gangguan emosi yang dialami oleh murid ini kian terserlah kerana kadang-kala masalah yang dihadapi masih kurang sesuai dengan tahap tumbesaran mereka. Walau bagaimanapun, mereka masih mampu untuk mengatasinya dengan baik seterusnya tidak menjejaskan emosi mereka secara mendalam. Sebagai contoh, naluri seorang kanak-kanak untuk berkawan dan bermain bersama adalah tinggi, tetapi kadang kala apabila tercetusnya konflik di mana mereka perlu berkongsi alat permainan atau perkakasan belajar, emosi mereka serba sedikit terganggu dan mereka mampu mengatasinya dengan baik.



Gangguan Emosi Sederhana
Gangguan emosi jenis ini jika diamati, lebih jelas kelihatan berbanding dengan gangguan emosi ringan. Gangguan ini dapat dilihat dari segi fizikal seperti gerak badan, mimik muka dan perlakuan murid-murid tersebut seperti marah, takut, sedih dan sebagainya yang berada pada tahap biasa sahaja dan merupakan sesuatu yang normal bagi kanak-kanak lain. Penentangan yang ditunjukkan pada kali ini adalah lebih kuat berbanding dengan gangguan emosi jenis ringan sehingga menyebabkan mereka melahirkannya dengan menggunakan pelbagai cara seperti menangis. Sebagai contoh, guru mengarahkan murid untuk menyertai kumpulan yang telah ditetapkan, tetapi murid tersebut enggan menyertai kumpulan tersebut lalu menangis bagi menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan yang dilakukan oleh gurunya.

Gangguan Emosi Berat
Bagi gangguan emosi jenis berat pula, dari segi fizikalnya, memang dapat dilihat dengan begitu jelas sekali bahawa murid tersebut sedang mengalami gangguan emosi kerana tingkah laku murid kelihatan agak pelik berbanding tingkah laku sehariannya. Gngguan emosi jenis ini agak bahaya kerana mampu mengundang bahaya apabila murid tersebut akan melakukan percubaan untuk mencederakan rakan-rakannya atau dirinya sendiri. Apabila murid tersebut tidak dapat mengawal emosinya, kadang-kala tindakannya akan berlebih-lebihan seperti menjerit-jerit dan menghentak-hentakkan kaki atau anggota bandannya sehingga mendatangkan kecederaan. Sebagai contoh, apabila murid tersebut terlalu marah kepada rakannya, mereka akan cenderung untuk bergaduh dan mencederakan satu sama lain bagi memuaskan hati mereka. Jika perlakuaan seperti ini tidak dibendung dari awal, murid tersebut tidak akan mampu untuk mengawal emosinya apabila dewasa kelak seterusnya mengganggu proses pembelajarannya.




 PUNCA-PUNCA GANGGUAN EMOSI

              Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga,pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi. Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan didalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi mereka.


Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akan mengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami gangguan emosi. Melalui pemerhatian saya terhadap dua orang murid saya iaitu Muhammadd Danish dan Muhammad Najib, mereka berdua mengalami masalah yang berikut. Kelas Tahun 1 pada tahun 2011 yang padat dan sesak telah menyebabkan keadaan ini berlaku. Guru-guru agak sukar mengawal murid-murid ini terutamanya Muhammad Najib kerana murid ini lebih minat bermain dan selalu merayau-rayau di dalam kelas ketika aktiviti pengajaran berlangsung.



Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami gangguan emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian, kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain. Keadaan ini pula berlaku terhadap seorang murid saya iaitu Siti Aisyah yang mengalami masalah keluarga iaitu penceraian ibu dan bapanya. Kesannya murid ini sukar untuk memberikan tumpuan di dalam kelas dan sering menyendiri serta mengasingkan diri dari rakan-rakannya.



Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra,tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan in berlaku. Dari segi tingkah laku,murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satusama lain, demokratik danibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.



Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun begitu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Mereka juga akan suka membantu, bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan memulakanaktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan.


Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan ideayang baik. Murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid yang disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas. Keadaan ini pula berlaku pada murid yang bernama Nurizdihar. Murid ini sering tidak dihiraukan oleh rakan-rakannya di dalam kelas. Kesannya, murid ini lebih banyak mendiamkan diri ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru-guru juga mengalami masalah dalam berkomunikasi dengan murid ini kerana murid ini kurang menunjukkan minat dalam pelajarannya.

cara menangani tekanan
setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk menangani stres atau tekanan yang dialami. sesuatu cara mungkin berkesan bagi si a tapi mungkin tidak berkesan langsung kepada si b dan begitulah seterusnya.

gangguan emosi atau jiwa dalam kalangan kanak-kanak sering mengakibatkan perubahan tingkah laku - khususnya berubah perangai dari baik kepada menjadi mudah bebal , tidak mahu mengikut peraturan atau arahan, 'breaking rules' - melakukan kegiatan yang bersalahan dengan undang-undang / peraturan / disiplin dan sebagainya. kalau dikaji dengan teliti, kebanyakan tindakan yang dilakukan adalah untuk mendapat perhatian daripada orang yang tersayang - 'attention seeking behaviour'

memang jarang untuk melihat kanak-kanak yang akan berlari kepada ibu bapa dan berkata - 'mak / abah , cek stres! cek tertekan! cek tension! cek susah hati !' dan sebagainya. antara sebabnya ialah psikologi mereka yang belum terbentuk dengan sempurna. justeru janganlah harap mereka akan dapat meluahkan perasaan seperti orang dewasa.

sikap ini mungkin akan terbawa-bawa di usia remaja dan dewasa kerana itulah cara yang telah dipelajari dan diamalkan sejak daripada kecil lagi. mereka juga cukup selesa dengan cara tersebut. walaupun itu bukanlah cara yang ideal, namun bagi mereka , ia telah terbukti berkesan - jadi mengapa perlu diubah.

antara cara lain yang kurang baik untuk menangani stres / tekanan atau apabila dilanda masalah ialah
1. menyalahkan orang lain - blaming others
2. menyalahkan diri sendiri - self blame
3. mencari jalan keluarga dengan cara yang mudah - dadah, arak dan sebagainya.

ada juga mereka yang tidak berupaya menangani masalah menggunakan mekanisma pertahanan diri berikut :
1. 'somatization' - iaitu menujukkan masalah yang dialami dalam bentuk fizikal - contohnya mereka yang mengalami kemurungan sering mengadu letih, tidak bertenaga, sakit di merata tempat, berdebar , sakit kepala , sakit perut , sakit belakang dan sebagainya
2. conversion - gangguan emosi sebenarnya telah diganti atau ditukarkan kepada bentuk lain khususnya - fizikal : contohnya pelajar kolej yang tertekan dengan pelajaran dan masalah psikosial akan menjadi 'blank' semasa membuat tugasan / peperiksaan , lumpuh apabila dipukul / ditengking oleh guru dan sebagainya.

cara begini sebenarnya lebih diterima oleh masyarakat kita. sakit fizikal tidak akan membawa stigma berbanding sakit mental / jiwa. ibu bapa akan rela membawa anak-anak berjumpa doktor biasa daripada pakar jiwa. jadi model inilah yang dipelajari oleh anak-anak dan akhirnya diwarisi turun temurun.

tidak ada jalan penyelesaian yang mudah dalam hal ini. tabiat memang susah untuk diubah. seperti kata orang putih - 'old habits die hard'. kita sebenarnya perlu mengubah semua ini.

cara terbaik menangani ketegangan emosi atau kecelaruan jiwa ialah dengan mengenal pasti punca masalah dan cuba mengatasinya. meluahkan perasaan dan bijak menangani masalah adalah antara dua elemen utama. tetapi bagi saya langkah pertama dan yang paling penting ialah mengakui dan menyedari bahawa kita sedang mengalami masaalah . sebabnya - bila kita tahu kita ada masaalah --> barulah kita akan cuba untuk mencari ubat dan jalan penyelesaiannya.

kita juga perlu mencari mekanisma pertahanan diri yang lebih diterima dan berfaedah; dan mengelakkan dari kembali kepada cara lama. tumpuan kepada penyelesaian masalah dan mencari punca-puncanya adalah jauh lebih berkesan ; disamping ubat-ubat yang diberikan. rawatan psikoterapi dan kaunseling juga boleh digunakan.
Kesimpulan
Gangguan emosi adalah satu situasiyang menunjukkan satu atau lebih karasteristik oyang dialami oleh murid-murid. Emosi pelajar perlu dikekal atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru agar lebih bersifat pembimbing di sisi. Guru juga perlu memahami emosi pelajar kerana perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan pelajar sememangnya berbeza antara satu sama lain.

Bibliografi
       Ooi Yoon Phaik, (2002). Stress and Anxiety Among Engineering Students and Non Engineering Students at UTM. UTM : Tesis Sarjana.

        Romas, J.A. and Sharma, M., (2004).  Practical Stress Management: A Comprehensive Workbook for Managing Health and Promoting Health. 3rd edition. Pearson : Benjamin Cummings.

        Riggio, E.R., (2003).  Introduction to Industrial/Organizational Psychology. 4thedition. Prentice-Hall, New Jersey.

Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad, Sharifuddin Ismail (2005). Punca dan
Rawatan Kecelaruan Tingkahlaku. Bentong :  PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. 
Azizi Yahaya,  Jaafar  Sidek Latif, Shahrin Hashim, Yusof Boon.  (2005). AlamRemaja.  Bentong:  PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. 
Danial Zainal Abidin (2003). Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden.  Bentong :  PTS 
Publication & Distributors Sdn. Bhd.  Ministry of Health Malaysia. (2003). Child and Adolescent Mental Health Training Module for 
Specialists.
Rozmi Iamail,  Gusni Saat, Zainah Ahmad Zamani, Asmawati Desa, Suzana Mohd Hoesni,  Norbayah Abdul Kadir,  Rozainee Khairudin,  Saedah Ghani (2004). Gejala Sosial Dalam


Masyarakat. Kuala Lumpur : Ihsan Training & Consultancy. 

No comments:

Post a Comment