Persediaan bakal guru
Bagi menghadapi isu disiplin
pelajar, saya perlu memahirkan diri dalam ilmu-ilmu pedagogi dan psikologi
kanak-kanak. Ilmu pedagogi ialah cara atau kaedah pengajaran dijalankan
manakala ilmu psikologi pula merangkumi tingkah laku. Perkara ini penting untuk
menyediakan diri saya menghadapi murid yang mempunyai pelbagai latar belakang
dan keupayaan diri disekolah. Kemahiran dalam ilmu-ilmu ini boleh diperolehi
dari kursus-kursus jangka pendek yang dijalankan selain kursus wajib yang perlu
diikuiti. Selain itu pembacaan pelbagai sumber rujukan juga boleh membantu.
Selepas
memperoleh ilmu-ilmu ini saya boleh mengaplikasikannya ketika berpraktikum di
sekolah. Ini dilakukan untuk memastikan sama ada saya betul-betul telah
menguasai ilmu yang diperoleh. Sekiranya saya berjaya menghadapi isu disiplin
pelajar ketika berpraktikum, maka saya telah bersedia untuk menghadapi isu ini
dalam situasi sebenar di sekolah nanti.
Sebagai
contoh, guru yang mahir dalam pedagogi boleh merancang satu pengajaran yang
menarik untuk membuat pelajar merasa seronok ke sekolah apabila saya mengajar
nanti. Apabila ini berlaku masalah disiplin seperti ponteng sekolah dapat
dikurangkan.
Bagi
menghadapi isu berkaitan masyarakat pula, antara langkah yang boleh dilakukan
ialah memahami budaya masyarakat disekitar sekolah tersebut. Selain itu, saya
juga perlu mengetahui isu-isu semasa berkaitan masyarakat di sekolah. Ini
kerana, masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Untuk
mendapatkan maklumat-maklumat ini, saya boleh melakukan pembacaan, atau
berhubung dengan ahli persatuan ibu bapa dan guru di sekolah.
Apabila
saya telah memperolehi maklumat-maklumat penting ini, saya dapat mewujudkan
situasi bilik darjah yang mesra budaya apabila dihantar disekolah nanti. Ini
dapat menjimatkan masa saya untuk mencarinya pula. Antara contoh situasi bilik
darjah yang mesra budaya ialah, guru boleh mengadakan aktiviti yang bertemakan
kepelbagaian budaya dalam pengajaran dan pembelajarannya.
Punca
utama stress dan implikasinya terhadap kerjaya perguruan.
Sistem
pendidikan yang pesat berubah bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan
proses globalisasi dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020 banyak memberi kesan
kepada guru. McCronick dan Solman (1992) menjelaskan guru-guru merasa stress
hasil daripada ketidakupayaan mereka untuk berdaya tindak ke atas
perubahan-perubahan yang pantas berlaku seperti perubahan kurikulum dan kaedah
pengajaran. Menurut Kyriacou (2000), stress dalam kalangan guru merujuk kepada
pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan,
kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang
guru. Jadi secara mudahnya, stress merupakan satu tindak balas fizikal yang
terjadi apabila seseorang guru menerima tekanan melebihi kemampuan dirinya.
Terdapat
banyak punca yang boleh menyebabkan stress dalam kalangan guru. Antaranya
persekitaran sekolah, tingkah laku pelajar dan hubungan dengan rakan sekerja.
Punca-punca ini sepadan dengan perkara yang dikemukan oleh Dunham dan Varma
(1998) dan Kyriacou (1987) serta kajian yang dijalankan oleh NUTP (National
Union of Teaching Profession) pada tahun 2006. Jadi pada pendapat saya, punca
utama yang menyebabkan stress dalam kalangan guru ialah persekitaran kerja
guru.
Persekitaran
kerja ialah perkara yang terdapat disekeliling atau berkaitan dengan pekerjaan.
Terdapat juga istilah iklim organisasi digunakan mengantikan persekitaran
kerja. Duncan (1972) mencirikan iklim organisasi sebagai keseluruhan
faktor-faktor fizikal dan social yang terdapat dalam sempadan sesebuah
organisasi. Disamping itu, Campbell, Dunnette, Lawler dan Weick (1970) telah
mendefinisikan iklim organisasi sebagai satu set attribusi khusus yang ada pada
sesebuah organisasi tertentu yang boleh dilihat melalui cara organisasi itu
bertindak dengan ahli-ahli dalam organisasi dan persekitarannya. Kerangka kerja
model konseptual Pines (1982) menjelaskan bahawa persekitaran kerja dapat
diukur/dilihat melalui empat dimensi. Pertama ialah dimensi psikologikal iaitu
meliputi beban kerja, kurang berautonomi, tahap kepuasan yang rendah dan kurang
perkembangan diri. Kedua ialah dimensi structural iaitu persekitaran fizikal,
paras kebisingan dan darjah keserasian antara keperluan-keperluan kerja dan
struktur fizikal. Ketiga ialah dimensi sosial meliputi aspek-aspek interaksi
dengan klien, rakan sekerja dan penyelia-penyelia. Keempat ialah dimensi
birokratik iaitu meliputi kerja-kerja perkeranian, undang-undang dan peraturan,
konflik peranan dan kekaburan peranan.
Oleh
itu dalam konteks pendidikan, persekitaran kerja merangkumi organisasi dalam
bidang pendidikan, manakala persekitaran kerja yang lebih dekat bagi seorang
guru ialah organisasi sekolah guru tersebut. Perkara-perkara yang merangkumi
dalam organisasi sekolah ini ialah pentadbiran sekolah (guru besar), rakan
sejawat, pelajar, ibu bapa pelajar dan masyarakat disekitar sekolah serta tugas
guru. Setiap perkara yang berlaku dalam persekitaran kerja guru yang memberikan
tekanan yang berlebihan akan menjadi punca utama kepada berlakunya stress.
Contoh
situasi stress yang selalu dialami berpunca daripada persekitaran kerja ialah
tugas guru. Apabila seorang guru yang baru tamat pengajiannya ditugaskan ke
sekolah, guru tersebut selalu diberi tugas yang pelbagai. Antaranya ialah ketua
panitia, guru data, setiausaha sukan dan penyelaras bagi pelbagai projek.
Tugas-tugas ini telah menjadi beban kepada guru baru tersebut. Akibatnya guru
itu akan merasa stress untuk melaksanakan kesemua tugas tersebut dengan baik.
Contoh
lain ialah, apabila guru cemerlang di sekolah kawasan Bandar telah dipindahkan
ke sekolah dikawasan pedalaman yang serba kekurangan dari segi kemudahannya.
Akibatnya guru tersebut akan mengalami stress apabila tidak dapat menyesuaikan
diri dengan sekolah tersebut. Oleh itu dapat dinyatakan bahawa, persekitaran
kerja telah menjadi punca utama berlakunya stress dalam kalangan guru.
Stress
yang dialami oleh guru mempunyai implikasi terhadap kerjaya perguruan. Antara
implikasi stress terhadap kerjaya guru ialah penurunan kepuasan kerja,
penurunan produktiviti guru, ketidakselesaan interaksi guru dengan murid, dan
kekurangan guru-guru terlatih.
Kepuasaan
kerja ditetapkan sendiri oleh individu. Pengkaji- pengkaji seperti Herzberg
(1959), Mc Gregor (1960) dan Maslow (1970) telah menekankan bahawa
kepuasan bekerja merupakan satu keperluan manusia yang paling utama dan
mesti dipenuhi, terutama bagi mencapai tahap kesempurnaan kendiri. Ketinggian
nilai pekerjaan yang dirasakan oleh sesorang individu itu boleh
menyebabkan ia merasa puas hati, komited, berminat dan setia kepada
pekerjaannya, seterusnya ia akan sentiasa menjalankan tugas dan kewajipannya
dengan penuh kerelaan hati tanpa sebarang paksaan (Mc Gregor, 1960). Kajian
yang dilakukan oleh Peklaj dan Puklek (2001) menyatakan guru yang mengalami
stress mempunyai tahap kepuasaan kerja yang rendah. Ini berlaku kerana guru
yang stress ketika melaksanakan tugasnya, akan melaksanakan tugas tersebut
secara sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. Ini kerana mereka mahu cepat
menyiapkannya. Akibatnya mereka cepat berpuas hati dengan hasil kerja mereka.
Seterusnya telah menurunkan tahap kepuasaan kerja dan kualiti kerja mereka.
Contohnya,
guru disiplin yang ingin mengurangkan masalah disiplin pelajarnya secara sesi
kaunseling, akhirnya telah merontan pelajar tersebut apabila masalah disiplin
tersebut tidak dapat diatasi selepas dua kali sesi kaunseling. Hukuman merontan
tersebut dilakukan kerana guru disiplin itu merasa stress dengan tingkah laku
pelajarnya dan desakan dari pihak atasan yang ingin masalah itu diatasi dengan
cepat.
Stress
menurunkan produktiviti guru. Ini kerana stress menyumbang kepada
penurunan tahap tenaga guru dan penglibatan tugas yang semakin berkurangan
(Lewis, 1999). Ini akan menyebabkan guru cuba untuk mengelak tugasan yang
diberi atau lebih teruk lagi tidak masuk ke kelas untuk mengajar. Selain itu,
pengajaran yang dijalankan oleh mereka juga akan menjadi tidak berkualiti
kerana mereka telah dikuasai oleh perasaan-perasaan negatif. Akibatnya prestasi
pelajar mereka menurun. Ini membuktikan stress memberi kesan yang mendalam
kepada guru. Kewibaan bidang pendidikan banyak bergantung kepada produktiviti
guru. Amat sukar bagi guru memberi perkhidmatan yang berkualiti tinggi
sekiranya mereka menghadapi stress.
Stress
juga memberi implikasi kepada interaksi guru dengan murid. Implikasi ini
menyebabkan murid dan guru tidak selesa untuk berinteraksi. Akibatnya, guru
akan bertindak tidak wajar setiap kali murid melakukan kesalahan atau
menghasilkan kerja yang tidak baik atau tingkah laku yang tidak diingini guru.
Antara tindakan tidak wajar yang selalu dilakukan guru stress ialah menengking
murid di hadapan murid lain, tidak member peluang kepada murid untuk
menjalaskan sebab tindakan mereka dan berdendam dengan murid. Setiap kali guru
melakukan tindakan ini, murid akan mula menjauhi guru tersebut dan
akhirnya membencinya.
Implikasi
lain yang boleh terjadi terdapat kerjaya guru ialah ketiadaan guru-guru
terlatih. Ini berlaku disebabkan guru-guru bersara awal. Guru bersara awal
kerana mereka sudah tidak mampu lagi menghadapi tekanan. Selain itu, guru
bersara awal juga mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan. Di mana, masalah
kesihatan ini timbul berikutan stress yang dihadapi. Kenyataan ini disokong
oleh beberapa kajian yang telah dilakukan. Selain itu, Cooper & Marshall
(1978) juga menyatakan kos kewangan dan fizikal ke atas penyakit yang berkaitan
dengan stress telah didokumentasikan secara meluas sekali. Sesungguhnya
kehilangan guru-guru ini sangat merugikan semua pihak.
Justerus
itu, adalah penting untuk guru-guru belajar cara-cara pengurusan stress. Ini
kerana, selain mendatangkan kesan kepada mental, stress juga boleh memberi
kesan kepada kesihatan.
Refleksi
menyediakan diri bagi menangani isu-isu pendidikan dalam era globalisasi.
Era globalisasi merupakan era dunia
tanpa sempadan. Perkembangan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
telah berkembang dengan pesatnya pada zaman ini sehinggakan semua maklumat kini
berada di hujung jari. Globalisasi ini telah menimbulkan beberapa isu dalam
bidang pendidikan. Antaranya ialah perubahan kurikulum dalam sistem
pendidikan rendah dan menengah, penggunaan alat-alat teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pelaksanaan tugas, dan pengurusan pendidikan.
Hallinger
(1998) menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang
amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap
kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Perubahan ini perlu
dilakukan disebabkan kebimbangan akan kehilangan daya saing dalam persekitaran
dunia global sekiranya penyemakan dan perubahan terhadap kurikulum tidak
dilakukan. Dalam konteks ini, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami
transformasi yang agak radikal bermula sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi
kepada perubahan di peringkat global tersebut. Beberapa perubahan kurikulum
terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah
diperkenalkan seperti sekolah bestari, projek sekolah Net, projek Smart Lab dan
projek sekolah Vista.
Kesemua
isu-isu pendidikan ini berkait rapat dengan penggunaan alat-alat teknologi
maklumat dan komunikasi yang terkini. Jadi dengan kebolehan saya dalam
penggunaan alat-alat ini telah banyak membantu saya bersedia untuk menghadapi
isu-isu tersebut. Ini kerana, saya tidak akan ketinggalan dalam memperoleh
maklumat-maklumat yang berguna kepada murid-murid saya apabila pengajaran
dilakukan. Selain itu, kepantasan saya menyesuaikan diri dengan alat-alat
teknologi yang terkini juga telah membantu memudahkan saya menyediakan diri
bagi menangani isu-isu tersebut. Lebih cepat saya menyesuaikan diri lebih
banyak maklumat baru yang akan saya peroleh dan lebih mudah saya menjalankan
tugas saya. Ini kerana, penggunaan alat-alat ini telah menjimatkan masa saya mencari
maklumat yang diperlukan serta membantu saya mendapatkan idea yang lebih
menarik untuk tugas saya.
Namun
begitu, penggunaan alat-alat teknologi maklumat dan komunikasi ini sebenarnya
mempunyai keburukannya. Salah satunya, ialah menyebabkan saya mudah hilang
focus kepada tugas. Ini kerana, banyak hiburan yang boleh melalaikan terdapat
dalam alat-alat ini. Contohnya seperti ‘Facebook’. Penggunaan ‘facebook’ ini
telah menyebabkan banyak masa saya terbuang dengan perkara-perkara berfaedah.
Namun begitu, keburukan ini timbul disebabkan kelemahan diri saya sendiri,
bukannya akibat alat-alat tersebut. Ini menunjukkan saya tidak bersedia
sepenuhnya lagi dengan penggunaan alatan teknologi maklumat dan komunikasi ini.
Bagi
mengatasi masalah ini, saya sendiri perlu sedar tentang kesalahan yang
dilakukan dan seterusnya berubah kearah lebih baik lagi. Selain itu,
penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk menjadikan penggunaan alatan ini
lebih berkesan dalam melaksanakam tugas saya ialah, memahirkan diri dengan
mengikuti kursus-kursus penggunaan alatan ini.
Oleh
itu, saya menyatakan bahawa saya telah berjaya menyediakan diri saya bagi
menangani isu-isu pendidikan dalam era globalisasi ini. Namun sedikit perubahan
tentang diri saya perlu dilakukan untuk memastikan saya benar-benar bersedia.
No comments:
Post a Comment