Thursday, 10 September 2015

stress dan burnout


stress dan burnout





Pengenalan

Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap manusia tidak dapat lari daripada tekanan yang boleh berpunca daripada peristiwa-peristiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial dan psikologikal. Kesan tekanan ke atas seseorang individu banyak bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk mengatasinya. Smither (1994) menakrifkan tekanan sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Schafer (1992) mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya. Fontana (1989) pula memberi definisi tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan seterusnya menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangani permintaan itu, makan tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif. Kesedaran tentang perlunya menguruskan tekanan ini digambarkan dengan kajian-kajian yang banyak dijalankan sama ada di dalam ataupun di luar negeri. Antara kajian tersebut ialah Nelson dan Sutton (1990) dan Jung (1995) di Amerika Syarikat; Cooper dan Kelly (1993) , Abouserie (1996) dan Cockburn (1996) di United Kingdom; Chan dan Hui (1995) di Hong Kong. Di dalam negeri pula telah dijalankan oleh Noor Azzuddin (1990), Noriah (1995), Abu Omar (1996) dan Ungku Norulkamar (1997). Kebanyakan kajian yang dimaksudkan adalah berkaitan langsung dengan persoalan tekanan di kalangan guru-guru.

Stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kesihatan mental seperti yang didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) adalah kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, ‘kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat kepada masyarakat’ (Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Malaysia, 2000). Apabila seseorang itu berhadapan dengan stres, sudah tentu ia akan gagal untuk berfungsi dengan baik di dalam masyarakat. Menurut kajian yang dilakukan oleh Institute of Stress di New York, Amerika terdapat 90 peratus daripada lelaki dewasa mengalami stress yang kuat sekurang-kurangnya dua kali seminggu, manakala 25 peratus lagi mengalami stress setiap hari.

Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion perguruan masa kini dianggap mempunyai tiga keadaan negatif, iaitu keadaan yang tekanan, moral guru yang rendah dan perletakan jawatan (mungkin bukan dalam keadaan kegawatan sekarang). DiMalaysia, persoalan tekanan di kalangan guru bukan lagi setakat bahan kajian ilmiah, malah ia menjadi isu dalam media masa. Menurut Muhamad (1995) , kajian oleh Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) menunjukkan guru-guru mengeloh terhadap kerja-kerja rutin guru seperti menyediakan perancangan tahunan, penggal, mingguan dan harian. Antara alasannya ialah masalah peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu berjauhan denga keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuai dan beban tugas yang berat (Borneo Post, 1996).

Gold dan Roth (1993) menyatakan bahawa salah satu punca stres bagi guru adalah perubahan (Zakiah Binti Arshad, 2003). Sebagai pengurus pembelajaran, guru perlu merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar setiap hari Esah Sulaiman (2003). Antara faktor-faktor yang menyebabkan stres guru ialah depersonalisasi, kejayaan diri, ketandusan emosi, lebihan kerja, hubungan interpersonal dan persekitaran kerja. Depersonalisasi ini adalah merujuk kepada keadaan emosi seseorang guru seperti cara melayan pelajar dan macam mana seseorang guru itu mengatasi masalah pelajarnya. Kejayaan diri merujuk kepada cara seseorang guru untuk mencapai kejayaan untuk melihat pelajarnya mencapai keputusan yang baik dalam pelajaran. Ketandusan emosi pula merujuk kepada perasaan guru yang kuat dalam menjalankan tugas tanpa merasa marah, sedih dan bersifat sentimental. Persekitaran kerja juga mempengaruhi guru dalam menjalankan tugas harian mereka antaranya keadaan persekitaran kelas, kemudahan alat bantu mengajar dan alat kelengkapan yang lain untuk memudahkan perhubungan guru dan pelajar.

Istilah "burnout" mula-mula diperkenalkan oleh Freudenberger (1974) yang menggambarkannya sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau ketabahan seseorang. Dalam erti kata yang lain, burnout boleh juga didefinisikan sebagai pilihan terakhir (akibat) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai matlamatnya (Farber, 1984). Maslach & Jackson (1981) telah memperkembangkan konsep burnout dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala) burnout.Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion), depersonalisasi (depersonalization) dan pencapaian peribadi (personal accomplishment).Mengikut Cordes dan Dougherty (1993), konsep Maslach dan Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling banyak diterima oleh para pengkaji. Maslach & Jackson (1981) menerangkan bahawa kelesuan emosi merujuk kepada perasaan kelesuan fizikal dan emosi dan perasaan bosan akibat daripada tekanan kerja dan kekangan-kekangan masa harian. Depersonalisasi pula merujuk kepada pembentukan sikap yang negatif dan respons yang dingin terhadap orang lain (contoh: pelajar, rakan sejawat) di tempat kerja seseorang. Ia disebabkan oleh interaksi yang terlalu kerap dan tidak berhabisan antara seorang individu dengan orang lain di tempat kerjanya. Manakala pencapaian peribadi merujuk kepada perasaan kehilangan harga diri dan perasaan kurang mencapai dalam pekerjaan. Ia disebabkan oleh kurang penghargaan dan maklumbalas yang positif.

Maslach dan Jackson juga menerangkan bahawa konsep burnout bukan satu dikotomi tetapi merupakan satu kontinum. Ini bermaksud kita tidak boleh mengklasifikasi seseorang itu sebagai "sudah burnout" atau "tidak burnout" tetapi kita hanya boleh mengatakan bahawa tahap burnoutnya terletak di antara "lebih burnout" dengan "kurang burnout". Harus juga diingat bahawa ketiga-tiga jenis (subskala) burnout tidak boleh digabungkan untuk menjadi satu ukuran (skor) burnout yang tunggal (Maslach & Jackson, 1981; Iwanicki & Schwab, 1981; Byrne, 1992). Ini kerana ketiga-tiga subskala ini merupakan konsep burnout yang berlainan dan tersendiri. Oleh itu, setiap orang tidak mempunyai satu skor burnout yang tunggal tetapi tiga skor burnout, satu untuk setiap subskala.

Friesen (1986) melaporkan bahawa tekanan (stress) kerja merupakan peramal yang signifikan untuk burnout guru.Hipps & Malpin (1991) mendapati satu hubungan positif yang kuat antara tekanan kerja dengan burnout. Mo (1991) pula mendapati bahawa guru yang mengalami lebih tekanan juga mempunyai tahap burnout yang lebih tinggi. Oleh itu, jelas kedua-dua tekanan dan burnout adalah saling berkait. Ini menyebabkan ramai orang keliru dan sentiasa menganggap bahawa kedua-dua konsep ini merupakan perkara yang sama. Akan tetapi walaupun mempunyai hubungan, kedua-dua fenomena inimerupakan konsep yang berlainan dan tersendiri. Sebagai contoh, Farber (1984) menjelaskan bahawa seseorang yang menghadapi tekanan tidak semestinya akan mengalami burnout. Selain itu, Selye (1976) menerangkan bahawa terdapat dua jenis tekanan iaitu eustress ('good' stress) dan distress ('bad' stress). Manakala distress dan burnout adalah saling berkait, eustress dan burnout merupakan konsep yang bertentangan. Ini kerana eustress membawa kebaikan contohnya, dengan membuat sesuatu tugasan itu lebih mencabar dan lebih merangsangkan, manakala burnout tidak mempunyai ciri yang baik langsung. Sebaliknya, burnout hanya memburukkan lagi masalah yang dihadapi oleh seorang individu atau sebuah organisasi. Oleh itu, jelas bahawa kedua-dua konsep tekanan dan burnout tidak boleh disama ertikan.


Punca Stress/burnout

Punca stress/burnout di kalangan guru boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu punca profesional dan punca peribadi:-

Punca professional

1. Persekitaran kerja

Persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres di kalangan guru. Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru. Ditambah dengan kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar serta pelbagai isu pendidikan dalam negara.

2. Perubahan

Perubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan taraf hidup dan jenayah yang memberikan impak negatif dalam tingkah laku pelajar menyebabkan seseorang guru itu harus melakukan perubahan dalam kehidupan profesional dan peribadinya. Perubahan boleh menyebabkan terganggunya sistem keseimbangan dalam diri seseorang individu itu. Contohnya, banyak perubahan telah berlaku dalam mobiliti masyarakat Malaysia pada hari ini. Antaranya, penambahan golongan etnik dalam pendidikan. Pelajar dari golongan etnik ini kurang fasih atau tidak tahu langsung berbahasa Melayu. Oleh itu, hal ini memberikan tekanan kepada guru Bahasa Melayu untuk memenuhi kurikulum pendidikan.
Punca peribadi

1. Kesihatan

Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau berlaku kematian dalam kalangan keluarga.

2. Perhubungan

Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini, misalnya peningkatan kadar jenayah, guru memerlukan sokongan dan hubungan yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Apabila berlaku perselisihan faham maka ini boleh menyebabkan stress terhadap guru tersebut.

3. Kewangan

Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru.

4. Taraf hidup

Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Disamping itu, memiliki rumah sendiri juga sukar terutamanya bagi guru yang baru mengajar.

5. Aktiviti riadah

Gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah bersama keluarga (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).


Cara Mengendalikan Stress di kalangan Guru
Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

1. Kenal pasti reaksi emosional

Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.

2. Komitmen sosial

Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

3. Kehidupan fizikal

Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress.

4. Intelek

Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.

Bagi mengatasi masalah tersebut juga, Goleman (1999) telah menyarankan lima faktor atribusi terhadap masalah stress/burnout. Faktor- faktor tersebut ialah:-

a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)
b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)
c) Motivasi Kendiri (self-motivation)
d) Empati
e) Kemahiran Sosial (social skills).

Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan seseorang guru untuk mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan keupayaan mereka untuk memilih keutamaan panduan dalam membuat keputusan. Seseorang guru yang mempunyai kesedaran kendiri juga mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan mereka mempunyai keyakinan diri yang utuh.

Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan negatif mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan emosi.

Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya menggunakan kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi.

Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang mengesan perasaan orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang guru melihat atau memahami sudut pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati boleh menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih mudah berinteraksi dengan orang lain terutama dalam proses membantu seseorang. Guru perlu memiliki sikap ini supaya dengan mudah memahami dan mendekati murid. Murid akan berasa selesa bersama guru dengan adanya kemahiran tersebut.

Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran bersosial (social skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar runding yang baik disamping berkebolehan menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam bilik darjah.

Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau pengetua. Guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemas kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya. Kyriacou (1987) juga menekankan bahawa stres yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya guru dan prestasi pelajarnya kerana stress menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru. Keberkesanan sesuatu pendidikan adalah bergantung kepada pengerak utama sistem ini iaitu guru-guru. Prestasi guru dan komitmen adalah penting bagi seseorang guru untuk membantu anak bangsa dalam memperolehi kejayaan.


Penutup
Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Menurut Noriah (1994) keadaan sedemikian boleh mewujudkan tekanan kepada guru-guru. Selye (1956) menyatakan bahawa tekanan yang berpanjangan boleh membawa kepada gangguan emosi di tahap yang berbeza-beza daripada tahap rendah hingga ke tahap serius. Ini akan mewujudkan emosi yang pelbagai seperti bosan, lesu, marah, kecewa dan benci (Muchinsky, 1997). Tugas guru merupakan tugas yang kompleks dan mencabar. Mereka bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (Noriah 1994). Disamping kerja-kerja yang dinyatakan, guru juga perlu berinteraksi dengan pelajar-pelajar secara fizikal, dan emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Mohd Najib 2000). Kenyataan ini disokong oleh Newton dan Newton (2001) yang mengatakan guru perlu banyak berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar dalam kelas. Polloway, Patton dan Serna (2001) juga mengakui kepentingan kemahiran sosial bagi guru yang mengajar dan juga melatih pelajar dalam kemahiran sosial.Justeru, kebolehan guru berinteraksi dengan pelajar dipengaruhi oleh keadaan emosi guru.
















Wednesday, 9 September 2015

PENGHARGAAN



PENGHARGAAN

الحمد لله الذي علم القرءان خلق الانسان و علمه البيان والصلاة والسلام على خير الأنام وعلى اله واصحابه الكرام
Alhamdulillah ,syukur kita ke hadrat Allah SWT, Selawat dan salam keatas Khatimul Anbia Habibullah Nabi Muhammad SAW dan mereka yang mengikuti perjalanan ini , serta  mereka yang mentauhidkan diri kepada  Allah  hingga Hari Kiamat ,Amin.
Alhamdulillah , dengan limpah kurniaNya dapatlah saya menyiapkan tugasan projek ini WAJ3073 Seni Dalam Pendidikan   ini dengan jayanya.
.Saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada Pensyarah En.Fuzi Bin Muhamed Zin   yang banyak membantu dan membimbing  serta memberi tunjuk ajar kepada saya sehingga selesai menyiapkan tugasan ini.
Terimakasih juga diucapkan kepada kedua ibu bapa saya  iaitu Abd Hamid Bin Nordin dan Khadijah Binti Kassim yang banyak memberi sokongan moral ,doa dan restu tanpa jemu kepada saya.
Atas ingatan yang tidak terhingga kepada isteri tercinta Nor Aishah Bt Ahmad atas segala pengorbanan,dorongan dan pertolongan yang telah diberikan,  serta kepada kedua cahaya mata yang menjadi penyeri hidup saya iaitu Nur Aqilah dan Adib Ar-Razi.  Jadikanlah segala  usaha ayahanda  sebagai inspirasi untuk memajukan diri demi masa depan yang lebih  berjaya. Insyaallah.
Kepada sesiapa sahaja yang memberi pertolongan secara langsung atau  tidak langsung  dalam menjayakan projek ini.

Akhirnya saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pihak yang terlibat sehinggalah selesai projek ini. Semoga usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT .

Tuesday, 8 September 2015

Kesan Penggunaan Blog Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Kesan Penggunaan Blog Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Penggunaan Blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolahrendah.Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan danjukkanripada penggunaan blog dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan blog sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui blog.
Di samping itu kesan penggunaan blog ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan adanya blog guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam blog.Melalui penggunaan blog guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Penggunaan blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.Melalui penggunaan blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai blog seperti komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet dan sebagainya.Semua benda yang berkenaan dengan blog mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah.Hal ini kerana melalui penggunaan blog dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan,memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.Kemahiran dalam menggunakan blog ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem blog melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut.Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem blog ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian.Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini.Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya didalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pengetahuan yang mendalam mengenai blog amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid.
Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.Didalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan blog murid-murid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan blog tersebut.Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk di fahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera di maklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang di ajar menggunakan blog

.

Refleksi Guru dan Cabaran Semasa EDU 3093


Refleksi Guru dan Cabaran Semasa  EDU 3093

Alhamdulillah .Pertamanya saya mengucapkan syukur kepadaNya diatas limpahan kurniaNya kerana telah dapat menyiapkan Kerja Kursus Pendek  ( PPK ) Guru Dan Cabaran Semasa  (EDU 3093 ) dengan jayanya.Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terimakasih kepada pensyarah yang amat memahami dan bertolak ansur iaitu Encik Fuzi Bin Muhamed Zin dapat dihasilkan pada masa dan waktu yang telah ditetapkan . Tugasan KKP ini merupakan tugasan individu bagi semester kelapan di IPG IPRM PPG  2015. 

Untuk semester 8 ini, saya diperkenalkan dengan pengajian baru iaitu Guru danCabaran Semasa serta situasi dan juga teori yang berkaitan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang guru. Bagi saya, mempelajari pengajian yang baru ini merupakan satu ilmu baru yang amat berguna kepada saya. Cabaran-cabaran terkini yang perlu saya ketahui bagi memastikan saya bersiap sedia berhadapan dan menghadapi cabaran secara positif dan proaktif pada masa datang.Pada amatan saya, melalui pengajian Guru dan Cabaran Semasa ini mendorong saya memahami berhubung peraturan penjawat awam yang merangkumi tatatertib dan kelakuan sebagai seorang guru. Pelbagai topik yang telah saya pelajari sepanjang semester ini. Antara isu dalam topik pertama seperti isu integrasi nasional,pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta sosial. Bagi pendapat saya, guru akan dianggap sebagai yan gmemimpin, pembentuk sahsiah dan juga agen perubahan merupakan pemangkin untuk mencapai hasrat membina negara bangsa yang berjaya.Melalui pengajian ini juga, saya dapat menyedari bahawa guru mempunyai peranan dalam pendemokrasian pendidikan kepada anak-anak belajar tanpa mengira sempadan daerah dan kedudukan. Mempelajari kesan perkembangan teknologi maklumat juga turut menyedarkan saya bahawa pelbagai isu gelaja sosial yang merebak di kalangan generasi muda sekarang adalah berpunca daripada ledakan teknologi maklumat itu sendiri. Oleh itu, adalah merupakan tanggungjawab untuk memastikan anak muda tidak hanyut dengan kemudahan teknologi maklumat yang sedia ada ini. Memupuk mereka supaya tidak salah guna kemudahan teknologi maklumat ini untuk perkara yang tidak bermanfaat kepada mereka
                               Sepanjang mengikuti pelajaran bertajuk Guru Dan Cabaran Semasa ini banyak cabaran dan dugaan yang telah saya tempuhi antaranya ialah soalan tugasan yang diberikan amat mencabar pemikiran dan kemampuan saya. Masalah ini dapat diatasi dengan bertanya kepada  pensyarah  bimbingan  berkenaan  iaitu Encik Fuzi Bin Muhamed Zin . Terimakasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada beliau kerana bimbingan dan penerangan yang jelas serta tunjuk ajar telah diberikan Terimakasih juga diucapkan  kerana telah memberitahu maklumat yang tepat bagi tugasan. 
     Ada beberapa cara yang telah saya gunakan dalam memahami kehendak soalan  antaranya ialah saya mencari maklumat melalui internet dimana banyak bahan yang boleh digunakan sebagai rujukan , selain daripada itu saya juga mencari bahan melalui pembacaan buku yang dipinjam dari perpustakaan daerah dan sekolah antara tajuknya ialah ( Guru dan Cabaran Semasa) . Saya juga berbincang dengan rakan yang berdekatan dengan rumah dimasa lapang   ,mencari jurnal yang berkaitan , mencari dalam majalah terutama sekali majalah berunsur pendidikan . 

 

Cara Membuat Blog

Cara Membuat Blog

3 Menit Cara Membuat Blog & Setting Lengkap

Feb 23 2015 - 3:00am Indonews Coid
Tutorial Bergambar Cara Membuat Blog Sendiri Gratis Lewat HP/PC di Blogger.Com & Settingnya Lengkap Cepat 3 Menit – Sangatlah tidak susah hanya dengan bermodalkan Internet juga dengan bermodalkan PC atau laptop anda  dengan sangat mudahnya membuat blog. Blog sendiri merupakan layanat Platform seperti website yang menyediakan tempat bagi para penggunanya untuk membagikan tulisan atau gambar. Nah jika anda Yang ingin memiliki blog namun bingung untuk membuatnya berikut kami sajikan Tutorial Cara Membuat Blog di Blogger.Com dengan mudah.
Karena blogger telah diakuisisi oleh google anda diharuskan untuk Membuat Akun Gmailterlebih dahulu, cukup gampang Membuat akun gmail anda hanya diperlukan untuk mengisi data diri seperti nama, alamat, TTL dan juga gender anda hingga Mengisi nomor telfon anda berikut Tutorialnya Lihat Pada Artikel Cara Membuat Email Gmail Baru
Setelah Membuat Gmail Diatas Lalu Buka Tab Baru Pada Browser Anda Lalu Ketiklah :Blogger.Com Kemudian sampai disini Anda akan dihadapkan pada halaman yang memuat tentang konfirmasi nama  tampilan anda, Isikan dengan nama anda supaya Dimudahkan. Setelah itu klik lanjutkan ke blogger untuk kemudian membuat blog anda dengan mudah.  Berikut nya anda klik Blog Baru berikut  gambarnya .
interface dashboard blogger
Ya, Setelah melakukan step diatas anda akan dihadapkan dengan halaman yang mengharuskan anda untuk mengisi judul serta Alamat blog anda nantinya. Berikut gambarnya.
buat blogger
Isikan judul dan juga alamat blog dengan sesuka hati anda, Nantinya alamat dan juga nama blog ini juga dapat diubah pada seteln Yang terletak di dalam halaman blogger. Setelah step diatas dilakukan secara langsung anda akan dihadapkan dengan halaman Mengenai blog anda sudah dapat digunakan.
Note : Jika Url Sudah Tidak Bisa, Gunakan Angka Atau Tanda – Pada Url Kalian.
  • Setelah Jadi Blog Anda Kemudian Klik Pada Judul Blog Anda Seperti Gambar Di Bawah Ini :
setting blog

Fitur Dan Fungsi Blogger.Com :


cara buat blog di blogger

  • Keterangan Pada Nomor 1 Berfungsi Untuk Setting Pada Bahasa Pada Tampilan Dashboard Blogger Anda
  • Keterangan Pada Nomor 2 Berfungsi Untuk Menulis Semua Tulisan Anda.
  • Tampilan Dasboard Ketika Kita Ingin Menulis Seperti Gambar DiBawah Ini :
cara membuat blog di blogger

  •  Sedangkan Pada Gambar Di Bawah Ini Nomor 1 Berfungsi Untuk Meletakkan Link Hasil Posting Artikel Kita
  • Nomor 2 Untuk Memasukkan Gambar Ke Dalam Artikel Blog Kita.
  • Nomor 3 Untuk MemasukkanVideo Ke Dalam Artikel Blog Kita.
  • Untuk Fitur Lainnya Sama Seperti Kita Menggunakan Microsoft Office Word
cara membuat blog baru

Kemudian anda perlu tahu tentang settingan pada Blogger.Com yaitu setting Seo On Page Pada Blog baru yang anda buat Dan Cara Seting Preferensi Penelusuran Pada Blogger Langsung saja perhatikan gambar dibawah ini :


  • Kemudian Menuju Ke Tab Setelan Atau Setting Jika Dashboard Anda Dalam Bahasa Inggris
settingan blogger

  • Kemudian Isi Tab Judul Dan Deskripsi Sesuai Dengan Ke Inginan Anda.
  • Kemudian Anda Menuju Tab Pos Dan Komentar Dan Setting Seperti Gambar Di Bawah Ini :
cara setting blogspot
cara setting blogger
  • Setelah Itu Langsung Menuju Bahasa Dan Pemformatan Dan Setting Seperti Gambar Di Bawah Ini
setting bahasa
  • Kemudian Ke Tab Preferensi Penelusuran Lalu Lihat Gambar Gambar DiBawah Ini :
cara buat blog
  •  Kemudian Simpan Perubahan Setelah Kita Ubah Sesuai Dengan Tema Blog Kita.

cara setting preferensi penelusuran blogger

Keterangan :


all                             : Tidak ada batasan untuk mengindeks atau melayani.
noindex                  : Jangan tampilkan halaman ini dalam hasil pencarian dan tidak menunjukkan “Cached” link dalam hasil pencarian.
nofollow                  : Jangan ikuti link di halaman ini
none                         : Setara dengan noindex, nofollow
noarchive                :  Jangan menunjukkan “Cached” link dalam hasil pencarian.
nosnippet                : Jangan tampilkan potongan dalam hasil pencarian untuk halaman ini
noodp                      : Jangan gunakan metadata dari proyek Open Directory untuk judul atau potongan ditampilkan untuk halaman ini.
notranslate             : Jangan menawarkan terjemahan dari halaman ini dalam hasil pencarian.
noimageindex        : Tidak Mengindex Gambar Pada Hasil Pencarian Google.
unavailable_after : Jangan tampilkan halaman ini dalam hasil pencarian setelah ditetapkan tanggal / waktu. Tanggal / waktu harus ditetapkan dalam format [RFC-850 date/time] .

Demikianlah Tutorial dari kami tentang Panduan Tutorial Lengkap Cara Membuat Blog di Blogger.ComDan Settingnya Lengkap